Maliat site Multilateral Agreement on the Liberalization of International Air Transportation
Multilateral Agreement on the Liberalization of International Air Transportation
Agreement Protocol Country Other Contacts Site Map Return to site home page

Agreement - Malay - Perkara 9

Perkara 9 - Duti-Duti Kastam dan Bayaran

  1. Semasa tiba di dalam wilayah satu Pihak, pesawat udara yang dikendalikan dalam pengangkutan udara antarabangsa oleh syarikat penerbangan atau syarikat-syarikat penerbangan yang ditetapkan dari mana-mana Pihak, peralatan biasanya, peralatan di atas tanah, bahan api, minyak pelincir, bekalan teknikal yang boleh digunakan, alat-alat ganti (termasuk enjin), barang-barang stor pesawat udara (termasuk tetapi tidak terhad kepada barang-barang seperti makanan, sebarang jenis minuman dan minuman keras, tembakau dan keluaran lain yang dimaksudkan untuk penjualan atau digunakan oleh penumpang-penumpang dalam kuantiti yang terhad dalam masa penerbangan), dan barang-barang lain yang dimaksudkan bagi atau digunakan semata-mata berhubung dengan pengendalian atau penservisan pesawat udara yang terlibat dalam pengangkutan udara antarabangsa hendaklah dikecualikan, atas dasar timbal balik, daripada semua sekatan import, cukai hartabenda dan levi modal, duti kastam, cukai eksais dan fee dan bayaran yang serupa yang (i) dikenakan oleh pihak-pihak berkuasa pusat atau negara, dan (ii) tidak berdasarkan kepada kos perkhidmatan yang diberikan, dengan syarat bahawa peralatan dan bekalan itu masih berada di dalam pesawat udara tersebut.
  2. Hendaklah juga dikecualikan, atas dasar timbal balik, daripada cukai-cukai, levi-levi, duti-duti, fee-fee dan bayaran-bayaran yang disebutkan dalam perenggan (1) Perkara ini, terkecuali bayaran-bayaran yang berdasarkan kepada kos perkhidmatan yang diberikan:
    1. barang-barang stor pesawat udara yang dibawa masuk ke dalam atau dibekalkan dalam wilayah satu Pihak dan dibawa di dalam pesawat udara, dalam had yang munasabah, untuk kegunaan dalam pesawat udara yang terbang keluar negeri sesebuah syarikat penerbangan Pihak yang satu lagi yang terlibat dalam pengangkutan udara antarabangsa, walaupun barang-barang stor ini akan digunakan dalam sebahagian dari perjalanan yang dilakukan di atas ruang udara wilayah Pihak dimana ia dibawa di dalam pesawat udara;
    2. peralatan di atas tanah dan alat-alat ganti (termasuk enjin) yang dibawa masuk ke dalam wilayah satu Pihak untuk penservisan, penyenggaraan, atau pembaikan pesawat udara syarikat-syarikat penerbangan Pihak-Pihak yang satu lagi yang digunakan dalam pengangkutan udara antarabangsa;
    3. bahan api, minyak pelincir dan bekalan-bekalan teknikal yang boleh digunakan yang dibawa masuk ke dalam atau dibekalkan dalam wilayah satu Pihak untuk kegunaan dalam pesawat udara syarikat-syarikat penerbangan Pihak yang satu lagi yang terlibat dalam pengangkutan udara antarabangsa, walaupun bekalan-bekalan ini akan digunakan dalam sebahagian dari perjalanan yang dilakukan di atas ruang udara wilayah Pihak dimana ia dibawa di dalam pesawat udara; dan
    4. bahan-bahan promosi dan pengiklanan yang dibawa masuk ke dalam atau dibekalkan dalam wilayah satu Pihak dan dibawa di dalamnya, dalam had yang berpatutan, bagi kegunaan dalam pesawat udara yang terbang keluar negeri sesebuah syarikat penerbangan Pihak-Pihak yang satu lagi yang terlibat dalam pengangkutan udara antarabangsa, walaupun barang-barang stor ini akan digunakan dalam sebahagian dari perjalanan yang dilakukan di atas ruang udara wilayah Pihak dimana ia dibawa di dalam pesawat udara.
  3. Peralatan dan bekalan-bekalan yang disebutkan dalam perenggan-perenggan 1 dan 2 Perkara ini mungkin dikehendaki untuk disimpan di bawah pengawasan atau kawalan pihak-pihak berkuasa yang berkenaan.
  4. Pengecualian-pengecualian yang diperuntukkan oleh Perkara ini boleh juga didapati jika syarikat-syarikat penerbangan yang ditetapkan oleh satu Pihak telah mengikat kontrak dengan syarikat penerbangan yang lain, yang sama-sama menikmati pengecualian-pengecualian tersebut dari Pihak atau Pihak-Pihak yang satu lagi, bagi peminjaman atau pemindahan di dalam wilayah Pihak atau Pihak-Pihak yang satu lagi benda-benda yang dinyatakan dalam perenggan-perenggan 1 dan 2 Perkara ini.

New Zealand Ministry of Transport
Attention: Air Services
Phone: +64-4-439-9000
Fax: +64-4-439-9004
e-mail: maliat@transport.govt.nz
New Zealand Ministry of Foreign Affairs and Trade
Attention: Treaty Officer
Legal Division
Fax:+64-473-2103
e-mail: lgl@mfat.govt.nz