Maliat site Multilateral Agreement on the Liberalization of International Air Transportation
Multilateral Agreement on the Liberalization of International Air Transportation
Agreement Protocol Country Other Contacts Site Map Return to site home page

Agreement - Malay - Perkara 8

Article 8 - Commercial Opportunities

  1. Syarikat-syarikat penerbangan tiap-tiap Pihak mempunyai hak untuk:
    1. menubuhkan pejabat-pejabat di dalam wilayah Pihak yang satu lagi bagi mempromosi dan penjualan pengangkutan udara antarabangsa;
    2. melibatkan diri dalam penjualan pengangkutan udara di dalam wilayah Pihak yang satu lagi secara langsung dan, atas budibicara syarikat-syarikat penerbangan itu, melalui ejen-ejen mereka. Syarikat-syarikat penerbangan mempunyai hak untuk menjual pengangkutan itu, dan sesiapa juga bebas membeli pengangkutan itu,dalam matawang tempatan atau dalam matawang boleh ditukar dengan bebasnya;
    3. menukar dan mengirimkan ke wilayah perbadanannya, atas permintaan, pendapatan tempatan yang melebihi daripada jumlah wang yang dibelanjakan setempat. Penukaran dan pengiriman hendaklah dibenarkan dengan serta-merta tanpa sekatan atau cukai berkaitan dengannya pada kadar pertukaran matawang yang terpakai bagi urusniaga semasa dan pengiriman pada tarikh pembawa membuat permohonan awal bagi pengiriman; dan
    4. membayar perbelanjaan tempatan, termasuk pembelian-pembelian bahan api, di dalam wilayah-wilayah Pihak-Pihak yang satu lagi dalam matawang tempatan. Atas budibicara mereka, syarikat-syarikat penerbangan tiap-tiap Pihak boleh membayar perbelanjaan tersebut di dalam wilayah Pihak-Pihak yang satu lagi dalam matawang boleh tukar dengan bebasnya mengikut peraturan matawang tempatan.
  2. Syarikat-syarikat penerbangan yang ditetapkan bagi tiap-tiap Pihak mempunyai hak:
    1. menurut undang-undang, peraturan-peraturan dan aturan-aturan Pihak-Pihak yang lain berkenaan dengan kemasukan, kediaman, dan pekerjaan, untuk membawa masuk dan menyelenggarakan di dalam wilayah-wilayah Pihak-Pihak yang satu lagi kakitangan pengurusan, penjualan, teknikal, pengendalian, dan kakitangan pakar yang lain yang dikehendaki bagi mengadakan pengangkutan udara;
    2. untuk menjalankan pengendalian mereka di atas tanah di dalam wilayah Pihak-Pihak yang satu lagi ("pengendalian sendiri") atau, atas pilihan mereka, memilih di antara ejen-ejen yang bersaing bagi perkhidmatan tersebut pada keseluruhannya atau sebahagiannya. Hak-hak ini hanya tertakluk kepada hambatan fizikal yang disebabkan oleh pertimbangan keselamatan lapangan terbang. Jika pertimbangan itu menghalang pengendalian sendiri, perkhidmatan di atas tanah boleh atas asas yang sama didapati oleh semua syarikat penerbangan; bayaran hendaklah berasaskan kepada kos perkhidmatan yang diberikan; dan perkhidmatan tersebut hendaklah sebanding dengan jenis dan kualiti perkhidmatan seolah-olah pengendalian sendiri dibolehkan; dan
    3. dalam mengendalikan atau memberikan perkhidmatan-perkhidmatan yang dibenarkan pada laluan-laluan yang dipersetujui, bagi memasuki penyusunan-penyusunan kerjasama pemasaran seperti ruang-simpanan (blocked-space) perkongsian-kod atau penyusunan penyewaan, dengan;
      1. syarikat penerbangan atau syarikat-syarikat penerbangan bagi mana-mana Pihak;
      2. syarikat penerbangan atau syarikat-syarikat penerbangan bagi mana-mana Negara atau ahli ekonomi APEC seperti yang dinyatakan dalam Tambahan kepada Lampiran yang bukan Parti kepada Perjanjian ini; dan
      3. pembekal pengangkutan di darat bagi mana-mana Negara atau anggota ekonomi APEC seperti yang dinyatakan di dalam Tambahan kepada Lampiran;


    dengan syarat bahawa kesemua peserta dalam penyusunan tersebut memegang kuasa yang bersesuaian dan mematuhi kehendak-kehendak yang digunakan kepada penyusunan tersebut.
  3. Dengan tidak menghiraukan sebarang peruntukan lain Perjanjian ini, syarikat-syarikat penerbangan dan pembekal-pembekal pengangkutan kargo tidak langsung dari Pihak-Pihak hendaklah dibenarkan tanpa sekatan untuk menggunakan berkenaan dengan pengangkutan udara antarabangsa sebarang pengangkutan darat bagi kargo ke atau dari mana-mana tempat di dalam atau di luar wilayah Pihak-Pihak, termasuk pengangkutan ke dan dari semua lapangan terbang dengan kemudahan kastam, dan termasuk, jika berkenaan, hak untuk mengangkut kargo dalam bon di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan yang boleh dikenakan. Kargo tersebut, samada bergerak melalui darat atau melalui udara, akan mempunyai akses kepada pemprosesan dan kemudahan kastam lapangan terbang. Syarikat-syarikat penerbangan boleh memilih untuk menjalankan pengangkutan daratnya sendiri atau mengadakannya melalui penyusunan dengan pengangkut-pengangkut darat yang lain, termasuk pengangkutan darat yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat penerbangan yang lain dan pembekal-pembekal tidak langsung pengangkutan udara kargo. Perkhidmatan kargo yang menggunakan pengangkutan darat dan udara seperti itu boleh ditawarkan pada satu harga, dengan menyatukan harga pengangkutan udara dan darat, dengan syarat bahawa pengangkut-pengangkut tidak terkeliru dengan fakta-fakta berkaitan dengan pengangkutan tersebut.

 


New Zealand Ministry of Transport
Attention: Air Services
Phone: +64-4-439-9000
Fax: +64-4-439-9004
e-mail: maliat@transport.govt.nz
New Zealand Ministry of Foreign Affairs and Trade
Attention: Treaty Officer
Legal Division
Fax:+64-473-2103
e-mail: lgl@mfat.govt.nz