Maliat site Multilateral Agreement on the Liberalization of International Air Transportation
Multilateral Agreement on the Liberalization of International Air Transportation
Agreement Protocol Country Other Contacts Site Map Return to site home page

Agreement - Malay - Perkara 6

Perkara 6 - Keselamatan

  1. Tiap-tiap Pihak hendaklah mengiktiraf sebagai sah, bagi tujuan mengendalikan pengangkutan udara yang diperuntukkan dalam Perjanjian ini, sijil-sijil kelayakan terbang, sijil-sijil kecekapan dan lesen-lesen yang dikeluarkan atau disahkan oleh Pihak yang satu lagi dan masih berkuatkuasa, dengan syarat bahawa kehendak-kehendak bagi sijil-sijil atau lesen-lesen tersebut sekurang-kurangnya sama dengan standard minimum yang ditetapkan menurut Konvensyen. Tiap-tiap Pihak, walaubagaimanapun, boleh enggan mengiktiraf sebagai sah bagi maksud penerbangan di atas ruang udara wilayahnya sendiri, sijil-sijil kecekapan dan lesen-lesen bagi warganegara-warganegaranya sendiri yang diberikan atau disahkan oleh Pihak yang satu lagi.
  2. Tiap-tiap Pihak boleh meminta supaya diadakan perundingan dengan Pihak yang satu lagi mengenai pemeliharaan standard keselamatan oleh Pihak yang satu lagi berhubung dengan kemudahan aeronautikal, krew udara, pesawat terbang, dan pengendalian syarikat-syarikat penerbangan yang ditetapkan. Jika, berikutan dengan perundingan tersebut, Pihak yang pertama mendapati bahawa Pihak yang satu lagi tidak memelihara dengan berkesan dan melaksanakan standard keselamatan dan kehendak-kehendak dalam perkara ini sekurang-kurangnya sama dengan standard minimum yang ditetapkan menurut Konvensyen, Pihak yang satu lagi hendaklah memaklumkan keputusan tersebut dan langkah-langkah yang difikirkan perlu bagi menepati standard minimum ini, dan Pihak yang satu lagi hendaklah mengambil tindakan pembetulan yang bersesuaian . Tiap-tiap Pihak mempunyai hak untuk menahan, membatalkan, menggantungkan, atau mengehadkan atau mengenakan syarat-syarat kebenaran mengendalikan atau keizinan teknikal sesebuah syarikat penerbangan atau syarikat-syarikat penerbangan yang ditetapkan oleh Pihak yang satu lagi sekiranya Pihak yang satu lagi tidak mengambil tindakan pembetulan yang bersesuaian itu dalam masa yang berpatutan.

New Zealand Ministry of Transport
Attention: Air Services
Phone: +64-4-439-9000
Fax: +64-4-439-9004
e-mail: maliat@transport.govt.nz
New Zealand Ministry of Foreign Affairs and Trade
Attention: Treaty Officer
Legal Division
Fax:+64-473-2103
e-mail: lgl@mfat.govt.nz