Maliat site Multilateral Agreement on the Liberalization of International Air Transportation
Multilateral Agreement on the Liberalization of International Air Transportation
Agreement Protocol Country Other Contacts Site Map Return to site home page

Agreement - Malay - Perkara 2

Perkara 2 - Pemberian Hak-Hak

  1. Tiap-tiap Pihak memberi kepada Pihak yang satu lagi hak-hak seperti berikut bagi perjalanan pengangkutan udara antarabangsa oleh syarikat-syarikat penerbangan Pihak yang satu lagi:
    1. hak untuk terbang melintasi wilayahnya tanpa mendarat;
    2. hak untuk membuat persinggahan-persinggahan di dalam wilayahnya bagi maksud-maksud bukan pengangkutan;
    3. hak, menurut syarat-syarat bagi penetapan-penetapan, untuk melaksanakan pengangkutan udara berjadual dan sewa diantara tempat-tempat bagi laluan berikut:
      1. daripada tempat-tempat dibelakang wilayah Pihak yang menetapkan syarikat penerbangan melalui wilayah Pihak itu dan tempat-tempat pertengahan ke mana-mana tempat atau tempat-tempat dalam wilayah Pihak yang memberikan hak dan selepas;
      2. bagi kesemua perkhidmatan atau perkhidmatan-perkhidmatan kargo, diantara wilayah Pihak yang memberikan hak dan mana-mana tempat atau tempat-tempat; dan
    4. hak-hak yang dinyatakan sebaliknya dalam Perjanjian ini.
  2. Tiap-tiap syarikat penerbangan yang ditetapkan boleh pada mana-mana atau kesemua penerbangan dan atas pilihannya:
    1. mengendalikan penerbangan dalam salah satu atau kedua-dua hala;
    2. menggabungkan semua nombor penerbangan yang berlainan kedalam satu pengendalian pesawat udara;
    3. memberikan khidmat di tempat sebelum, pertengahan, dan selepas tempat dan tempat-tempat dalam wilayah-wilayah Pihak-Pihak pada laluan-laluan dalam sebarang gabungan dan dalam sebarang aturan;
    4. tidak singgah pada mana-mana tempat atau tempat-tempat;
    5. memindahkan trafik dari mana-mana pesawat udaranya ke mana-mana pesawat udaranya yang lain pada mana-mana tempat di laluan tersebut;
    6. memberikan perkhidmatan sebelum mana-mana tempat dalam wilayahnya dengan atau tanpa menukar pesawat udara atau nombor penerbangan dan memberikan dan mengiklankan perkhidmatan-perkhidmatan berkenaan kepada orang ramai sebagai perkhidmatan-perkhidmatan terus;
    7. membuat persinggahan pada mana-mana tempat samaada di dalam atau di luar wilayah mana-mana Pihak;
    8. menjalankan persinggahan trafik melalui mana-mana wilayah Pihak yang lain; dan
    9. menggabungkan trafik bagi pesawat udara yang sama tidak kira dari mana asal trafik itu;

    tanpa sekatan hala atau geografik dan tanpa kehilangan sebarang hak untuk mengangkut trafik yang sebaliknya dibenarkan di bawah Perjanjian ini.
  3. Peruntukan-peruntukan perenggan 2 dari Perkara ini hendaklah di kenakan tertakluk kepada kehendak-kehendak bahawa, dengan terkecuali perkhidmatan-perkhidmatan kargo keseluruhan, perkhidmatan tersebut memberikan perkhidmatan ke tempat dalam wilayah Pihak yang menetapkan syarikat penerbangan.
  4. Pada mana-mana segmen atau segmen-segmen laluan di atas, mana-mana syarikat penerbangan yang ditetapkan boleh mengendalikan pengangkutan udara antarabangsa tanpa sebarang sekatan mengenai penukaran, di mana-mana tempat ke atas laluan, dari jenis atau bilangan pesawat udara yang dikendalikan; dengan syarat bahawa, kecuali bagi perkhidmatan-perkhidmatan kargo keseluruhan, bagi hala keluar, pengangkutan selepas tempat tersebut adalah sambungan pengangkutan dari wilayah Pihak yang telah menetapkan syarikat penerbangan dan, bagi hala kedalam, pengangkutan ke wilayah Pihak yang telah menetapkan syarikat penerbangan adalah sambungan kepada pengangkutan dari tempat selepas itu.
  5. Tiada sebarang apapun dalam Perjanjian ini boleh dianggap memberikan kepada syarikat penerbangan atau syarikat-syarikat penerbangan dari satu Pihak hak untuk mengangkut, di dalam wilayah Pihak yang lain, penumpang-penumpang, bagasi, kargo, atau mel yang diangkut untuk pampasan dan ditujukan ke tempat lain di dalam wilayah Pihak yang satu lagi itu.

New Zealand Ministry of Transport
Attention: Air Services
Phone: +64-4-439-9000
Fax: +64-4-439-9004
e-mail: maliat@transport.govt.nz
New Zealand Ministry of Foreign Affairs and Trade
Attention: Treaty Officer
Legal Division
Fax:+64-473-2103
e-mail: lgl@mfat.govt.nz