Maliat site Multilateral Agreement on the Liberalization of International Air Transportation
Multilateral Agreement on the Liberalization of International Air Transportation
Agreement Protocol Country Other Contacts Site Map Return to site home page

Agreement - Malay - Perkara 19

Perkara 19 - Tanggungjawab Depositari

  1. Salinan asal Perjanjian ini hendaklah disimpan dengan Kerajaan New Zealand, yang dengan ini ditetapkan sebagai Depositari kepada Perjanjian ini.
  2. Depositari hendaklah menghantar salinan-salinan Perjanjian ini yang disahkan dan sebarang pindaan atau protokol kepada penandatangan-penandatangan dan negara-negara yang menyetujui dan kesemua anggota ekonomi APEC yang telah bersetuju untuk terikat dengan Perjanjian ini menurut Tambahan.
  3. Depositari hendaklah memaklumkan kesemua penandatangan-penandatangan dan Negara yang menyetujui dan kesemua anggota ekonomi APEC yang bersetuju untuk terikat dengan Perjanjian ini menurut Tambahan:
    1. pemberitahuan persetujuan untuk terikat dengan Perjanjian ini dan sebarang pindaan menurut Perkara-Perkara 20 dan 17, dan instrumen-instrumen anggota ekonomi APEC yang menyatakan persetujuan mereka untuk terikat dengan Perjanjian ini menurut Tambahan atau persetujuan mereka bagi sebarang pindaan menurut Perkara 17;
    2. tarikh masing-masing dimana Perjanjian ini mula berkuatkuasa menurut Perkara 20, perenggan-perenggan 2, 3, 4 dan 6, dan tarikh masing-masing dimana hak-hak dan kewajipan-kewajipan yang terhurai dalam perenggan 2 dari Tambahan mula berkuatkuasa berikutan penyimpanan instrumen bertulis oleh anggota ekonomi APEC menurut perenggan 1 dari Tambahan.
    3. pemberitahuan mengenai ketidak pengenaan Perjanjian yang diterima menurut Perkara 20, perenggan 5;
    4. sebarang pemberitahuan penarikan balik yang diterima menurut Perkara 18;
    5. panggilan perundingan-perundingan bagi menimbangkan pindaan-pindaan menurut Perkara 17, perenggan 2(a);
    6. tarikh masing-masing dimana pindaan mula berkuatkuasa menurut Perkara 17, perenggan-perenggan 2(d), 2 (e) dan 3 (b); dan
    7. pemberitahuan-pemberitahuan yang diterima menurut Perkara 4, perenggan 3 dan Perkara 7, perenggan 7.
  4. Berikutan dengan berkuatkuasa Perjanjian ini, Depositari hendaklah menghantar salinan Perjanjian ini yang disahkan benar kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi didaftarkan dan disiarkan menurut Perkara 102 dari Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa menurut Perkara 83 dari Konvensyen. Depositari hendaklah juga menghantar salinan-salinan sebarang pindaan yang disahkan benar yang berkuatkuasa.
  5. Depositari hendaklah memelihara pemusatan pendaftaran penetapan-penetapan syarikat penerbangan dan kebenaran pengendalian menurut Perkara 3, perenggan-perenggan 1 dan 4 dari Perjanjian ini.
  6. Depositari hendaklah bersedia memberikan kepada Pihak-Pihak salinan-salinan sebarang keputusan timbangtara atau award yang dikeluarkan dibawah Perkara 14 dari Perjanjian ini.

New Zealand Ministry of Transport
Attention: Air Services
Phone: +64-4-439-9000
Fax: +64-4-439-9004
e-mail: maliat@transport.govt.nz
New Zealand Ministry of Foreign Affairs and Trade
Attention: Treaty Officer
Legal Division
Fax:+64-473-2103
e-mail: lgl@mfat.govt.nz