Maliat site Multilateral Agreement on the Liberalization of International Air Transportation
Multilateral Agreement on the Liberalization of International Air Transportation
Agreement Protocol Country Other Contacts Site Map Return to site home page

Agreement - Malay - Perkara 10

Perkara 10 - Bayaran-Bayaran Pengguna

  1. Bayaran-bayaran pengguna yang boleh dikenakan oleh pihak-pihak berkuasa atau badan-badan yang layak mengenakan bayaran tiap-tiap Pihak keatas syarikat-syarikat penerbangan Pihak yang satu lagi hendaklah adil, berpatutan, bukannya berat sebelah yang tidak adil dan dibahagikan secara saksama di antara kategori-kategori pengguna. Dalam sebarang hal, sebarang bayaran pengguna itu hendaklah dikenakan ke atas syarikat-syarikat penerbangan Pihak-Pihak yang satu lagi atas syarat-syarat yang tidak kurang baiknya daripada syarat-syarat yang paling baik yang boleh didapati oleh mana-mana syarikat penerbangan yang lain pada masa bayaran-bayaran itu dikenakan.
  2. Bayaran-bayaran pengguna yang dikenakan keatas syarikat-syarikat penerbangan Pihak-Pihak yang satu lagi mungkin menggambarkan, tetapi tidaklah boleh melebihi, kos penuh menyediakan kepada pihak-pihak berkuasa atau badan-badan yang layak mengenakan bayaran lapangan terbang yang bersesuaian, persekitaran lapangan terbang, perjalanan udara, dan kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan-perkhidmatan keselamatan penerbangan di lapangan terbang atau di dalam lingkungan sistem lapangan terbang. Bayaran-bayaran tersebut mungkin termasuk pulangan yang berpatutan keatas aset, setelah susut nilai. Kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan-perkhidmatan yang baginya bayaran-bayaran dibuat hendaklah diberikan secara cekap dan ekonomi.
  3. Tiap-tiap Pihak hendaklah menggalakkan perundingan di antara pihak-pihak berkuasa dan badan-badan yang layak mengenakan bayaran di dalam wilayahnya dan syarikat-syarikat penerbangan yang menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan dan kemudahan-kemudahan itu, dan hendaklah menggalakkan pihak-pihak berkuasa atau badan-badan yang layak mengenakan bayaran dan syarikat-syarikat penerbangan untuk bertukar-tukar maklumat yang mungkin diperlukan untuk membolehkan kajian semula yang tepat dibuat tentang kemunasabahan bayaran-bayaran menurut prinsip perenggan-perenggan (1) dan (2) Perkara ini. Tiap-tiap Pihak hendaklah menggalakkan pihak-pihak berkuasa yang layak mengenakan bayaran untuk memberi kepada pengguna-pengguna notis yang berpatutan mengenai sebarang cadangan perubahan ke atas bayaran pengguna bagi membolehkan pengguna-pengguna meluahkan pandangan mereka sebelum perubahan dibuat.
  4. Tiada Pihak boleh dianggap, dalam prosedur penyelesaian pertikaian menurut Perkara 14, melanggar suatu peruntukan Perkara ini, melainkan jika (i) Pihak tersebut gagal menjalankan kajian semula mengenai bayaran atau amalan yang menjadi perkara aduan oleh Pihak yang satu lagi dalam tempoh masa yang berpatutan; atau (ii) menurut kajian semula tersebut ia gagal mengambil semua langkah yang ada dalam kuasanya untuk meremedi sebarang bayaran atau amalan yang berlawanan dengan Perkara ini.

New Zealand Ministry of Transport
Attention: Air Services
Phone: +64-4-439-9000
Fax: +64-4-439-9004
e-mail: maliat@transport.govt.nz
New Zealand Ministry of Foreign Affairs and Trade
Attention: Treaty Officer
Legal Division
Fax:+64-473-2103
e-mail: lgl@mfat.govt.nz