Maliat site Multilateral Agreement on the Liberalization of International Air Transportation
Multilateral Agreement on the Liberalization of International Air Transportation
Agreement Protocol Country Other Contacts Site Map Return to site home page

Agreement - Malay - Perkara 1

Perkara 1 - Tafsiran

Bagi maksud-maksud Perjanjian ini, kecuali jika dinyatakan sebaliknya, perkataan:

  1. "Perjanjian" bermakna Perjanjian ini, Tambahan-Tambahannya dan Lampirannya, dan sebarang pindaannya;
  2. "Pengangkutan Udara" bermakna pengangkutan awam melalui pesawat udara penumpang-penumpang, bagasi, kargo, dan mel, secara berasingan atau bergabung, untuk upah atau sewa;
  3. "Konvensyen" bermakna Konvensyen mengenai Penerbangan Awam Antarabangsa, yang terbuka untuk ditandatangani di Chicago pada 7 haribulan Disember, 1944 dan termasuk:
    1. sebarang pindaan yang telah berjalan kuatkuasanya di bawah Perkara 94(a) dari Konvensyen dan telah disahkan oleh kesemua Pihak kepada Perjanjian ini; dan
    2. sebarang tambahan atau sebarang pindaan kepadanya yang dipakai di bawah Perkara 90 dari Konvensyen, setakat mana pindaan atau Tambahan itu pada bila-bila masa yang ditentukan berkuatkuasa bagi kesemua Pihak kepada Perjanjian ini;
  4. "Syarikat penerbangan yang ditetapkan" bermakna sebuah syarikat penerbangan yang ditetapkan dan dibenarkan menurut Perkara 3 dari Perjanjian ini;
  5. "Kos penuh" bermakna kos bagi menyediakan perkhidmatan, termasuk jumlah yang munasabah bagi bayaran overhead pentadbiran;
  6. "Pengangkutan udara antarabangsa" bermakna pengangkutan udara yang melalui ruang udara wilayah lebih dari satu Negara atau anggota ekonomi APEC seperti yang dinyatakan dalam Lampiran kepada Tambahan;
  7. "Harga" bermakna mana-mana tambang, kadar atau bayaran untuk mengangkut penumpang-penumpang, bagasi dan/atau kargo (tidak termasuk mel) dalam pengangkutan udara, termasuk pengangkutan di darat berhubung dengan pengangkutan udara antarabangsa, jika berkenaan, dikenakan oleh syarikat-syarikat penerbangan, termasuk ejen-ejen mereka, dan syarat-syarat yang menentukan adanya tambang, kadar atau bayaran tersebut;
  8. "Singgah bagi maksud-maksud bukan pengangkutan" bermakna pendaratan bagi sebarang maksud selain dari mengangkut atau menurunkan penumpang-penumpang, bagasi, kargo dan/atau mel dalam pengangkutan udara;
  9. "Wilayah" bermakna kawasan-kawasan daratan dibawah kedaulatan, bidangkuasa, pihak berkuasa, pentadbiran, perlindungan, atau pemegang amanah sesebuah Pihak, dan perairan wilayah yang berdekatan dengannya; dan
  10. "Bayaran Pengguna" bermakna suatu bayaran yang dikenakan ke atas syarikat-syarikat penerbangan kerana mengadakan kemudahan atau perkhidmatan lapangan terbang, perjalanan udara, atau keselamatan penerbangan termasuk kemudahan dan perkhidmatan yang berkaitan.

New Zealand Ministry of Transport
Attention: Air Services
Phone: +64-4-439-9000
Fax: +64-4-439-9004
e-mail: maliat@transport.govt.nz
New Zealand Ministry of Foreign Affairs and Trade
Attention: Treaty Officer
Legal Division
Fax:+64-473-2103
e-mail: lgl@mfat.govt.nz